السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Warga Glasgow yang dihormati,
1)Minggu Penghayatan Aidiladha dan AqiqahAssalamulaikum wbt,
Warga komuniti yang dihormati,
Seperti yang telah diwar warkan, InsyaAllah, SMG dengan kerjasama Komuniti Malaysia di Glasgow akan menganjurkan satu program bertajuk "Minggu Penghayatan Aidiladha dan Aqiqah" . Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai Aidiladha dan ibadah Qurban dan Aqiqah. Di samping itu, SMG juga igin mengambil peluang untuk memperkenal dan mempromosi SMG terutama kepada warga Malaysia yang baru tiba di Glasgow.
Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh: 13 Disember 2008 (Esok)
Hari : Sabtu
Tempat: Dewan Holyrood Secondary School
100 Dixon Road, Glasgow G42 8AU
Aturcara program:
11.30 Pembukaan majlis dan bacaan doa
11.35 Ucapan aluan pengarah program
11.40 Ucapan Pengetua SMG dan Pengenalan SMG
11.55 Ceramah bertajuk "Penghayatan Aidiladha dan Aqiqah"
12.40 Persembahan ringkas oleh pelajar2 SMG
12.55 Penyerahan saguhati
1.00 Makan tengahari dan pembahagian daging Aqiqah
2.30 Majlis bersurai
Pakain: Sopan
Kaunter pendaftaran, pembayaran yuran SMG dan yuran kelab akan dibuka sepanjang program bagi memudahkan ibu bapa dan ahli komuniti yang ingin membuat pembayaran.
Potluck amatlah dialu-alukan kepada sesiapa yang bermurah hati dan tempat sembahyang juga disediakan di lokasi program.
Marilah bersama-sama hadir untuk memeriahkan majlis ini dan semoga ia dapat menjadi wadah untuk merapatkan persaudaraan sesama kita di bumi Glasgow ini.
Akhir kata, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan maaf zahir batin.
Sekian, wassalam.
______________________________________________________________
2)Kaunter semakan dan pembayaran yuran komuniti Govanhill & Pollockshield
Assalamualaikum w.b.t,
Semoga semua dirahmati Allah hendaknya di hari Jumaat ini.
Untuk makluman, kaunter penyemakan & pembayaran yuran komuniti Govanhill & Pollockshield akan dibuka esok sepanjang Program Penghayatan Aidiladha & Aqiqah. Sebarang urusan dan pertanyaan lanjut sila berhubung dengan Yusnani Nordin di kaunter yang berkenaan.
Bagi warga yang baru bermastautin di kawasan yang disebutkan dan ingin mengetahui lebih lanjut akan objektif disebalik pembayaran sumbangan ke Tabung komuniti Govanhill & Pollockshield dapatlah berbuat demikian di kaunter tersebut. Walau bagaimanapun, anda turut dialu-alukan untuk menghubungi mana-mana AJK Kg.G'hill / Pollockshield bagi mendapatkan maklumat awal dan lengkap akan perkara di atas.
Sekian untuk makluman semua.
Wasallam,
NANI NORDIN
(pemangku bendahari)
______________________________________________________________
3)Majlis IlmuASSALAMUALAIKUM W.B.T,
Kepada semua warga yang dihormati,
InsyaAllah seperti mana Majlis Ilmu yg dianjurkan oleh Komuniti Malaysia Glasgow setiap dua minggu sekali akan diteruskan pada minggu hadapan. Pada kali ini bersama penceramah jemputan, Ustaz Mohd Erfinor Johari http://erfino. blogspot. com/, daripada MSD London. Semua dijemput hadir. Format majlis kali ini adalah berbentuk ala-ala forum perdana.______________________________________________________________
4)Tadarus lelaki
InsyaAllah , Tadarus Al-Quran (Lelaki) minggu ini akan diadakan dan butiran adalah seperti berikut :
Tarikh : 13hb Disember 2008 (Sabtu)
Masa : 6:00 pm - 7.15 pm
Tuan Rumah : Ustaz Abduh & Safinar
Alamat : 0/1, 33 Coplaw St, G42 7JE
Telefon : 01414240212
Umpan tekak : Potluck
Format : Ustaz membaca ayat dalam surah, kita akan ikut ustaz baca secara beramai2, beliau akan menerangkan hukum-hukum tajwid, kelebihan amalan ayat2 dari semasa ke semasa,diakhiri dengan pengajaran ayat.
Para muslimin, adik-adik, sahabat, teman dan warga baru dialu-alukan menghadiri majlis ini. Semoga majlis ini dapat menjalinkan ikatan silaturrahim dan kemesraan sesama kita serta mendapat keberkatan Allah s.w.t.
______________________________________________________________
5)Gambar Majlis Hari Raya Glasgow 2008 boleh di lihat disini