Monday, 21 September 2009
Jamuan Aidilfitri Peringkat Glasgow 2009
Jamuan Aidilfitri Peringkat Glasgow 2009
Merujuk kepada perkara di atas, pihak komuniti dengan ini menjemput semua warga Malaysia di Glasgow dan kawasan-kawasan sekitar untuk bersama-sama meraikan sambutan Aidilfitri tahun 2009 / 1430H seperti butiran di bawah;
Tarikh : 26 September 2009 (Sabtu)
Tempat : Dining Hall, Holyrood Secondary School, 100 Dixon Road, Glasgow G42 8AU
Masa : 11:00 pagi - 3.30 petang
Tetamu Khas : Ustaz Erfino Johari
Pada tahun ini pihak Komuniti juga amat berbesar hati untuk turut sama meraikan majlis Pernikahan Rasyidah Abd Rahim dengan pasangannya Sheldon Byron Stokes dan juga Aqiqah anakanda Ummul Imani bte Azari, puteri kepada Azari dan Niza serta anakanda Nur Adaira Safiyyah bt Mohd Hasan, puteri kepada Hasan dan Rozaihan. Insyaallah majlis dilangsungkan secara bersederhana.
Kami turut mengalu-alukan sumbangan berupa juadah kuih-muih, kuih raya mahu pun pot luck untuk kepelbagaian menu hidangan. Disamping itu juga, kehadiran bersama teman-teman pelbagai bangsa amatlah digalakkan bagi memeriahkan lagi suasana majlis. Semoga majlis ini akan menjadi medan yang mengeratkan talian silaturrahim sesama kita.
Sebarang maklumat lanjut mengenai program tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa..
Sekian harap maklum,
Nur Jaslina Muhamad Saleh
Setiausaha
Thursday, 10 September 2009
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN PERINGKAT GLASGOW 2009 / 1430H
ANJURAN KOMUNITI MALAYSIA GLASGOW
Motto :
Ramadhan Mubarak… Kehadiranmu Dinanti, Merebut Taqwa,
Membina Peribadi Insan Mulia
Alhamdulillah berlalu sudah 20 Ramadhan dan Insyaallah program kita akan berlanjutan ke aktiviti yang berikut. Kehadiran dan penyertaan semua muslim dan muslimah di dalam program yang tersebut amatlah dialu-alukan.
1. IFTHAR JAMAIE
Merupakan acara kemuncak bagi Program Ihya’ Ramadhan Peringkat Glasgow 2009 / 1430H. Pihak kami berbesar hati menjemput muslimin dan muslimah bersama-sama menghadiri majlis yang julung kali diadakan ini.
Tarikh : 12 Sep 09 / 22 Ramadhan 1430H (Sabtu)
Masa : 5.30 petang - 10.45 malam
Tempat : Toryglen Community Hall, 199 Prospecthill Circus,
Tentatif Program :
5.30 petang – Kehadiran
5.45 petang – ‘Tangisan Ramadhan Dan Berwasatiah Didalam Aidilfitri’ disampaikan oleh penceramah jemputan
7.15 petang - Persiapan tempat berbuka puasa dan solat berjemaah
* Digalakkan mengambil wuduk untuk kemudahan solat berjemaah
7.50 petang - Berbuka dengan hidangan ringan (tamar & air)
8.00 malam - Solat Maghrib berjemaah
* Sila bawa sejadah masing-masing dan sejadah tambahan bagi kemudahan berjemaah
8.15 malam - Ifthar dan beramah mesra
9.49 malam - Solat isyak & terawih berjemaah
Menu :
Kurma, nasi minyak, kari kambing, ayam masak merah, salad dan timun, air teh & mineral. Juadah berupa potluck amatlah dialu-alukan.
2. QIAMULLAIL
Insyaallah akan bermula 10 malam terakhir di bulan Ramadhan khusus buat muslimin. Bagi yang berminat, bolehlah memberikan nama kepada ajk masjid di kawasan masing-masing untuk urusan penempatan tidur, qiamullail dan bersahur.
3. SAMBUTAN AIDILFITRI - (Termasuk meraikan akikah, kenduri kesyukuran dsb)
Majlis beramah mesra meraikan aidilfitri sebagai perantau. Terbuka kepada semua warga Malaysia di Glasgow.
Tarikh : 26 September 09 / 7 Syawal 1430H (Sabtu)
Tentatif masa : 10.00 pagi
Tentatif tempat :
AKIKAH
Kami ingin berkongsi kegembiraan menimang cahayamata baru anda bersama komuniti di majlis sambutan aidilfitri kali ini, dengan menawarkan program Akikah bagi pihak yang berminat. Harga bagi seekor kambing adalah di antara £80.00 sehingga £120.00 mengikut saiz. Urusan tempahan boleh dibuat dengan memberikan nama serta wang kepada saudara Hazimin (Hp : 07891504809) selewat-lewatnya pada 22hb September 09 – Selasa, jam 10.00 pagi.
KENDURI KESYUKURAN DSB
Pihak kami juga turut mengalu-alukan penyertaan daripada anda yang ingin turut berkongsi kegembiraan dengan membuat kenduri kesyukuran dsb dimajlis ini. Segala urusan yang berkenaan, sila hubungi saudari Jaslina (Hp : 07511243459) selewat-lewatnya pada 22hb September 09 – Selasa, jam 10.00 pagi.
* Segala urusan memasak dan yang berkaitan akan diuruskan oleh pihak kami dengan kerjasama daripada semua warga Glasgow Insyaallah. Hebahan umum berkenaan akikah dan kenduri yang berkaitan akan dimaklumkan pada 23hb September 09.
Semua muslimin dan muslimat dijemput bersama-sama
menyertai pelayaran bahtera maghfirah.
HALWA TELINGA :
Untuk menikmati alunan segar sepanjang Ramadhan,
sila layari RADIO RAMADHAN GLASGOW: 87.7 FM
di laman http://www.radioramadhan.com/
Saturday, 5 September 2009
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN PERINGKAT GLASGOW 2009 / 1430H
ANJURAN KOMUNITI
PROGRAM KULIAH RAMADHAN - SANTAPAN ROHANI 2
Tarikh : 5 September 2009 / 15 Ramadhan 1430H (Sabtu)
Tempat : Siaran langsung PALTALK (PANDUAN PALTALK & USTREAM sila rujuk di bawah)
Masa : 5:30 petang - 6:45 petang
Tajuk : TAQWA - Rahmat Allah Itu Mesti Dicari
Penyampai : Ustaz Haji Daud Norakit, dari Leeds
Penceramah telah berada 13 tahun di bumi
JOM QIAMULLAIL ! : MEMBINA KEMANISAN BERIBADAH,
PERSEDIAAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN
Tarikh : 5 September 2009 / 15 Ramadhan 1430H (Sabtu malam Ahad)
Tempat : Masjid Da'watul Islam, No. 31,
(Berhampiran Universiti Glasgow)
- Program Qiamullail ini diatur sebagai satu motivasi dan memberi panduan kepada sahabat-sahabat di Glasgow untuk mengerjakan ibadah Qiamullail dalam bulan Ramadhan khususnya menjelang 10 malam terakhir.
- Terbuka kepada Muslimin dan Muslimat.
- Iktikaf akan bermula pada jam 11:00 malam, selepas Solat Terawih rasmi di masjid. (Digalakkan untuk tidur beriktikaf di masjid)
- Sahur tidak disediakan. Digalakkan membawa bekalan masing-masing / potluck untuk bersahur.
- Untuk kelengkapan tidur, sila bawa ‘sleeping bag’ atau alas yang sewajarnya bersesuaian dengan cuaca.
- Mohon kerjasama dan bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan masjid
- Kepada yang berminat sila berikan nama @ sms (untuk anggaran penglibatan) kepada :
- Lelaki - Hazimim (07 891 504 809) / Arifin (07 787 700 136)
- Perempuan - Jaslina (07 511 243 459)
ATURCARA PROGRAM :
Pilihan: (Bersama dengan jemaah masjid)
- Berbuka di Masjid Da'watul Islam
- Solat Maghrib, Isyak & Terawih berjemaah
11:30 malam - Taklimat ringkas Qiamullail oleh Ustaz Mohd Abduh
(Panduan ringkas akan disediakan)
12:15 malam - Rehat & beriktikaf di masjid
3:00 pagi - Bangun
3:10 pagi - Qiamullail bermula (Tahajjud/Taubat/Tasbih/Witir & Zikir munajat)
4:00 pagi - Sahur (potluck)
4:33 pagi - Sahur berakhir (Subuh)
4:50 pagi - Solat Subuh berjemaah
5:10 pagi - Muhasabah Pagi
6:00 pagi - Program tamat dan bersurai.
PANDUAN KULIAH SECARA 'ONLINE'
Untuk Kuliah kali ini ada dua medium yang akan digunakan. Peserta digalakkan menggunakan kedua-dua saluran dan boleh digunakan serentak. Walau bagaimana pun peserta hendaklah mute ‘voice’ salah satu medium tersebut bagi mengelakkan gangguan pertindihan suara.
1. Menggunakan USTREAM TV - MISG - http://www.ustream.tv/channel/kuliah-misg
2. Paltalk : Kuliah Online
- Link segera http://chat.paltalk.com/g2/group/1199679857/DisplayGroupDetails.wmt
* Panduan penuh sila rujuk di bawah
Downloading Paltalkscene
1. Go to http://download.cnet.com/PaltalkScene/3000-2150_4-10043373.html?part=s-
2. Click Download now
3. If it is not downloading please ‘click here’
Installing Paltalkscene
1. Install the Paltalkscene (run pal install r1261.exe)
2. Click ‘I Agree to the terms of this license agreement’ and Press Next
3. Options , Click Standard and press Next
4. Click Finish
Register an account
1. Go to Paltalk scene login box
2. Click New user
3. Create a nick name ( e.g : harimaumalaya)
4. Enter Password ( e.g: 123456)
5. Re-Type password ( e.g: 123456)
6. Email (e.g: harimaumalaya@gmail.com)
7. Security question ( click any that you prefer) (e.g: What is the name of your favorite restaurant?)
8. Security answer (e.g: restoran kijang)
9. Ask tool bar Optional : Untick the box if you don’t prefer to have the ASK TOOLBAR
10. Select service type: You can choose either Paltalk basic or Paltalk Extreme
11. Paltalk basic is free but extreme you need to pay
12. Done: Start Paltalk scene
To join the Kuliah Online
1. Click ‘Add Pals’ in Paltalk Scene
2. Enter a Paltalk nickname (airtrek595 or mhs6400) – the admin
3. Instant message one of the nickname above
4. Please mention that you would like to join kuliah online
5. One of the admin will invite you to the group
Re-enter the group
1. Please add to favorite once you enter the kuliah online Malaysia Glasgow room
2. Anytime you would to join again the room go to PaltalkScene box go Favorites tab click Kuliah Online Malaysia Glasgow or Please IM again the admin to be invited