Tuesday, 5 January 2010

AGM KUG 2010

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Semoga semua warga komuniti didalam keadaan ceria, sihat walafiat dengan penuh keazaman menjelang tahun baru 2010 ini. Sukacita pihak kami ingin memaklumkan bahawa AGM KUG akan diadakan. Butiran adalah seperti berikut :

Tarikh : 16 hb Januari 2010
Hari : Sabtu
Masa : 10:00 pagi - 12:00 tengahari
Tempat : Holyrood RC Secondary School‎, 100 Dixon Road, Glasgow, G42 8AU

Address:
Agenda :

10:00 - Pembukaan Majlis & Doa
10:15 - Ucapan Aluan Pengerusi
10:30 - Pembentangan Laporan Program Sesi 2008 / 2009
11:00 - Pembentangan Laporan Kewangan Sesi 2008 / 2009
11:30 - Sesi Soaljawab
12:00 - Bersurai
Selain itu juga, bagi yang belum mendaftar sebagai ahli, bolehlah berbuat demikian dengan mengisi borang keahlian KUG yang akan diedarkan pada hari yang berkenaan, atau boleh diperolehi daripada saya. Borang yang telah diisi hendaklah dikembalikan kepada saya atau mana-mana AJK.

Mesyuarat kali ini akan disertai wakil daripada pihak BPN selaku pemerhati. Kerjasama dan kehadiran seluruh warga komuniti ke majlis ini amatlah kami alu-alukan. Sebarang maklumat tambahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sekian untuk makluman.

Terima kasih,

Yang Menjalankan Tugas,
Nur Jaslina Muhamad Saleh
Setiausaha

Nota : Pemilihan AJK dibuat dua tahun sekali di atas arahan sekretariat KULN