Saturday, 16 January 2010

Majlis solat hajat, bacaan Yasin & Tahlil

Assalamualaikum wbt,

Insyaallah satu majlis solat hajat, bacaan Yasin & Tahlil akan diadakan sebagaimana butiran berikut :

Tarikh : 17hb Januari 2010 (Ahad)
Masa : 6.00 petang
Tempat : Rumah saudara Rifqi, 2/2, 431 Victoria Road (atas Semi-Chem & setentang Farmfood)

Majlis solat hajat ini diadakan bersempena dengan program mega yang julung kali akan kita laksanakan pada pada 20 & 21 Jan 10 iaitu MGDC. Sama-samalah kita bermohon padaNya agar dipermudahkan segala urusan dan kelancaran program tersebut, serta pembelajaran dan urusan kita semua disini dan di Malaysia, Insyaallah.

Manakala majlis bacaan yasin dan tahlil diadakan bersempena dengan pemergian nenda kepada sahabat kita Yusnani Nordin iaitu arwah Sulimah Awang pada Jumaat lepas. Takziah kepada beliau sekeluarga dan semoga roh nenda dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Kami dengan ini berbesar hati menjemput tuan dan puan, sahabat-sahabat dan saudara sekalian bersama-sama ke majlis ini. Diharap dapatlah kiranya membawa sekali kelengkapan solat dan yasin bersama. Semoga majlis ini mendapat keberkatan dariNya dan menjalinkan ukhwah yang lebih erat.

Salam mesra,
Nur Jaslina Muhamad Saleh
Setiausaha