Assalamualaikum & salam sejahtera semua,
InsyaAllah, program tadarus al-Quran akan diteruskan lagi pada Sabtu ini.
Marilah kita beramai-ramai memanfaatkan peluang dan kesempatan ini untuk memperbaiki bacaan Quran & tajwid serta mendengar penerangan tafsir ayat-ayat yang dibaca, insyaAllah.
Butiran aktiviti & pengisian adalah seperti berikut:
Tarikh : 13 Februari 2010 (Sabtu)
Masa : 10 pagi - 12 tghri
Tempat : Classroom,
Holyrood Secondary School,
100 Dixon Road, Govanhill,
Glasgow, G42 8AU.
Anjuran : Komuniti Govanhill & Pollokshield
Pengisian minggu ini:
1) Tadarus al-Quran, pimpinan Ustaz Abduh & Ustazah Safinar:
(Surah Al-Baqarah, ayat 58 - 61).
2) Penerangan tafsir ayat bacaan.
3) perbincangan hukum Tajwid.
Semua warga Glasgow yang berkelapangan dijemput hadir beramai-ramai meraikan majlis ilmu ini.
Semoga aktiviti ini mendapat keberkatan dariNya disamping bermanfaat untuk semua dan mengeratkan ukhwah antara kita, insyaAllah.
Wassalam,
Isma Yanti
Wakil AJK Kebajikan & Kerohanian,
Komuniti Govanhill & Pollokshield