Salam Sejahtera,
Para Penghulu/Ketua Komnuniti yang dihormati sekalian,
MCCH sedang dalam perancangan untuk menganjurkan :-
Hari Imigresen 2010 di Manchester.
Dengan ini saya meminta jasa baik para penghulu/ketua komuniti sekalian untuk membuat sedikit bancian mengenai jumlah anggota komuniti yang ingin hadir ke Manchester untuk tujuan memperbaharui passport, mendaftar kelahiran anak, dan perkhidmatan2 Imigresen yang lain.
Kerjasama tuan/puan saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
-Mohammad Mokhriz
Pemangku MCCH