Wednesday, 24 March 2010

PROGRAM REKREASI ILMU (PRI 2010): PENGENALAN KEPADA GERAK KERJA GRUP PENJEJAK TAMADUN DUNIA (GPTD)

Assalammualaikum wbt. wrt.

Semoga sahabat-sahabat berada dalam kemanisan Iman dan dipermudahkan dalam segala urusan InsyaAllah.

Dijemput menyertai PROGRAM REKREASI ILMU (PRI 2010): PENGENALAN KEPADA GERAK KERJA GRUP PENJEJAK TAMADUN DUNIA (GPTD) yang akan diadakan sepertimana berikut:

Tarikh: 2 hingga 4 April 1430H / 17-19 RabiulAwwal 1430H
Tempat: Manchester
Masa:
- Check in : 3:00 ptg (jumaat)
- Check out : 1:00 tgh (ahad)

Pendaftaran online: [klik daftar]

Marilah sama-sama ita menambah ilmu dan berkongsi pengalaman bersama-sama dengan tokoh-tokoh berikut:

"The Role of Young Generation in Digging the Heritage of Islamic and European Civilization and Tradition"



Sheikh Afifi al-Akiti, merupakan seorang ulamak muda yang tersohor dalam keilmuan dunia Islam. Beliau sebenarnya berasal dari negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman ilmu yang luas bermula dengan mendapat pendidikan tradisional Islam di pasentren di Jawa Timur, seterusnya di Maghribi dan Timur Tengah. Beliau mendapat ijazah pertamanya dari Queen's University of Belfast (First Class degree in Scholastic Philosophy and History of Science from the Queen's University of Belfast) dan kemudiaanya meneruskan pengajian di Oxford untuk ijazah sarjana dan PHD. Sejak Oktober 2008 selepas tamat PHDnya, beliau mengukir sejarah menjadi rakyat Malaysia petama mendapat pensyarah di Universiti Oxford.