Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Kepada semua warga yg dihormati,
Merujuk kepada perkara diatas,
Insya-Allah pada 9hb Jun 2010 (esok hari) seramai 21 orang pelajar Melayu (3 lelaki dan 18 perempuan) dari International Medical University, (IMU) Bukit Jalil, Kuala Lumpur akan tiba di Glasgow bagi meneruskan pengajian mereka di University of Strathclyde (UoS) untuk sesi 2010/2011.
Mereka semua adalah pelajar tajaan JPA bagi kursus siswazah (undergraduate) berkembar kolaborasi antara IMU-UoS untuk program Masters of Pharmacy, MPharm. Untuk pengetahuan semua, pelajar-pelajar ini telahpun menamatkan 5 semester di IMU dan kini bakal menghabiskan baki 3 semester selama setahun di UoS. Mereka akan menetap di asrama universiti di City Centre dan insya-Allah sewaktu ketibaan mereka (+/- 1:30 pm), para pelajar senior Farmasi di UoS akan menjemput mereka di lapangan terbang Glasgow serta membantu mereka dalam urusan penginapan di asrama.
Pihak KMG amat mengalu-alukan kehadiran adik-adik ke Glasgow. Mudah-mudahan kehadiran mereka dapat meramaikan dan menceriakan lagi komuniti Malaysia di bumi Glasgow ini. Bersamalah kita doakan semoga Allah memudahkan urusan perjalanan mereka merentasi benua dan selamat tiba di Glasgow tepat pada waktu yang dirancang. Amin
Wassalam
mhs