Tuesday, 1 June 2010

Program Fiqh Luar Negara Bersama Ustaz Mohd Erfino Johari

Assalamualaikum wbt,

Hidup di luar negara apatah lagi menghadapi perubahan empat musim silih berganti memerlukan kita mempersiapkan diri dengan bekalan ilmu fiqh. Pelbagai masalah akan dihadapi seperti soal wuduk (terutama semasa musim sejuk dan bermusafir), soal solat (keperluan jamak, musafir dan dalam kenderaan), soal najis binatang, menyamak keperluan, pemakanan dan sebagainya.

Justeru itu, pihak kami mempelawa sahabat-sahabat sekalian untuk turut serta dalam Program Fiqh Luar Negara Bersama Ustaz Mohd Erfino Johari. Butiran adalah seperti berikut :

Tarikh : 13hb Jun 2010 (Sabtu)
Masa : 2:00 - 4:00 prtang
Tempat : Andalus Centre, 211 New City Road, Glasgow G4 9PA

Marilah kita bersama-sama merebut peluang bersama menimba ilmu ke arah memperlengkapkan diri dan keluarga. Semoga program ini memberi manfaat dan sekaligus merapatkan ukhwah sesama kita. Jumpa di sana..

Maklumat lebih lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Nur Jaslina Muhamad Saleh
Setiausaha