Wednesday, 27 January 2010

Kuliah Online: Aurat Wanita, Apa Batasnya?

Kuliah Online: Aurat Wanita, Apa Batasnya?
Type:
Education - Study Group
Network:
Global
Date:
Friday, January 29, 2010
Time:
7:00pm - 9:00pm
Location:
http://www.paltalk.com

Jom Mengaji -SABTU, 30 Januari 2010

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

InsyaAllah, program tadarus al-Quran akan diteruskan lagi pada Sabtu ini.

Marilah kita beramai-ramai memanfaatkan peluang dan kesempatan ini untuk memperbaiki bacaan Quran & tajwid serta mendengar penerangan tafsir ayat-ayat yang dibaca, insyaAllah.

Butiran aktiviti & pengisian adalah seperti berikut:

Tarikh : 30 Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 10 pagi - 12 tghri

Tempat : Classroom,
Holyrood Secondary School,
100 Dixon Road, Govanhill,
Glasgow, G42 8AU.
Anjuran : Komuniti Govanhill & Pollokshield

Pengisian minggu ini:

1) Tadarus al-Quran, pimpinan Ustaz Abduh & Ustazah Safinar:

(Surah Al-Baqarah, ayat 49 - 57).

2) Penerangan tafsir ayat bacaan.


Semua warga Glasgow yang berkelapangan dijemput hadir beramai-ramai meraikan majlis ilmu ini.
Semoga aktiviti ini mendapat keberkatan dariNya disamping bermanfaat untuk semua dan mengeratkan ukhwah antara kita, insyaAllah.

Wassalam,

Isma Yanti
Wakil AJK Kebajikan & Kerohanian,
Komuniti Govanhill & Pollokshield

Tuesday, 26 January 2010

Kuliah oleh Ustaz Abduh Hukum bersalaman dengan wanita

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT



InsyaAllah, seperti biasa kuliah oleh Ustaz Abduh akan diteruskan dengan butiran seperti di bawah :

Tarikh : 29hb Januari 2010
Tempat : SUMSA, University of Strathclyde.
Masa: 5 30 pm

Perbincangan Tambahan : "Hukum bersalaman dengan wanita"

"Barang siapa berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syorga." (HR. Muslim)

Warga Glasgow dijemput hadir.....

Sunday, 24 January 2010

Thursday, 21 January 2010

Jemputan Ke Sesi Bersama Prof Dr Hj Muhd Kamil Ibrahim

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,Insyaallah Prof Dr Hj Muhd Kamil Ibrahim akan meluangkan masa untuk bersama warga komuniti pada hari esok dan butirannya :

Tarikh: 21 January 2010 (Khamis)
Masa: 5 - 7 petang.
Tempat: SECC (Parking adalah percuma: hadapan SECC)
Tajuk : Mencari Keredhaan Allah

Serba sedikit latar belakang Prof Dr Hj Muhd Kamil Ibrahim, beliau merupakan Pengarah UiTM Johor dan penulis buku Travelog Haji dan Dakwah. Blog beliau boleh dilayari di http://muhdkamil. net/kehidupan/

Pihak kami dengan sukacitanya menjemput semua warga komuniti, sahabat, keluarga dan anak-anak ke majlis yang tersebut. Semoga pertemuan ini dapat memberi banyak manfaat, ilmu dan medan menjalin ukhwah erat sesama kita serta mendapat rahmat dariNya.

Salam mesra,Nur Jaslina Muhamad Saleh
Setiausaha

Monday, 18 January 2010

Perjumpaan dgn wakil dari Kementerian Pengajian Tinggi : 20 Januari 2010 (Rabu) 5.45 ptg. - 9.00 malam

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera,
Perkara diatas dengan segala hormatnya adalah dirujuk.
Untuk makluman semua, wakil dari Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Profesor Dr Raduan Che Rose, Special Advisor to the Minister of Higher Education telah sudi meluangkan masa utk bersama2 pelajar2 Malaysia di Glasgow.
Oleh yg demikian, dijemput semua pelajar-pelajar Malaysia yg berada di Glasgow utk menghadiri sesi perjumpaan ini.
Maklumat Perjumpaan:-
Tarikh : 20 Januari 2010 (Rabu)
Masa: 5.45 ptg. - 9.00 malam
Tempat: Assam's, 51 West Regent St, Glasgow G2 2AE
Agenda:-
5.45 petang: Ketibaan Tetamu
5.55 petang: Ketibaan VVIP
6.00 - 7.00 petang: Bacaan Doa oleh Ustaz Abduh
Kata2 Aluan Pengerusi Komuniti Malaysia Glasgow/ Kelab UMNO Glasgow
Dr Ahmad Rifqi Md Zain
Ucapan oleh Pengarah MSD U.K & Eire
Prof. Madya Dr Rosman Abdullah
Ucaptama oleh Tetamu Khas
Prof. Dr Raduan Che Rose
Penasihat Khas kpd Menteri Pengajian Tinggi
mewakili Menteri
Sesi Soal Jawab
7.00 - 9.00 malam: Sesi Ramah Mesra sambil Jamuan Makan Malam
Tempat adalah terhad kepada 120 peserta. Mohon sahkan kehadiran pada Kak Eda (zuraeda_ibrahim@ yahoo.co. uk) sebelum jam 8 malam 19 Januari 2010.
Sekian, harap maklum.

Saturday, 16 January 2010

Majlis solat hajat, bacaan Yasin & Tahlil

Assalamualaikum wbt,

Insyaallah satu majlis solat hajat, bacaan Yasin & Tahlil akan diadakan sebagaimana butiran berikut :

Tarikh : 17hb Januari 2010 (Ahad)
Masa : 6.00 petang
Tempat : Rumah saudara Rifqi, 2/2, 431 Victoria Road (atas Semi-Chem & setentang Farmfood)

Majlis solat hajat ini diadakan bersempena dengan program mega yang julung kali akan kita laksanakan pada pada 20 & 21 Jan 10 iaitu MGDC. Sama-samalah kita bermohon padaNya agar dipermudahkan segala urusan dan kelancaran program tersebut, serta pembelajaran dan urusan kita semua disini dan di Malaysia, Insyaallah.

Manakala majlis bacaan yasin dan tahlil diadakan bersempena dengan pemergian nenda kepada sahabat kita Yusnani Nordin iaitu arwah Sulimah Awang pada Jumaat lepas. Takziah kepada beliau sekeluarga dan semoga roh nenda dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Kami dengan ini berbesar hati menjemput tuan dan puan, sahabat-sahabat dan saudara sekalian bersama-sama ke majlis ini. Diharap dapatlah kiranya membawa sekali kelengkapan solat dan yasin bersama. Semoga majlis ini mendapat keberkatan dariNya dan menjalinkan ukhwah yang lebih erat.

Salam mesra,
Nur Jaslina Muhamad Saleh
Setiausaha

Monday, 11 January 2010

Notes from Pn Azimah-Education Attache MSD

To Penghulu/President/ Chairman/ Student Representative/ Malaysian Students/Friends and dear all,

Assalamualaikum and salam sejahtera.

To all Malaysian students who will be sitting for the coming examination, I would like to take this opportunity to wish all of you the very best of luck in your exam.

I'm sure, lots of hard work has been given as part of your preparation ... However ... always remember that, The HOPE, The STRUGGLE and The HARD WORK towards achieving a goal or success, is part of the rewards.


Hence, best wishes for the coming examination.

Take care and keep warm.

Regards

AZIMAH AZIZ
Education Attache
Malaysian Student Department
Office of the High Commissioner for Malaysia

Office Address :

MALAYSIAN STUDENT DEPARTMENT
Representative Office
for Midlands & Scotland
Suite 6, Parkway Five
Parkway Business Centre
Princess Road
Manchester
M14 7LU

Student session with Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin

Tarikh: 12 Januari 2010 (Selasa)
Masa: 6.00 petang
Tempat: Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia (High Commission) 45-46 Belgrave Square
London SW1X 8QT
Pakaian: Kemas& Sopan

Wednesday, 6 January 2010

Program tadarus Quran secara online

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Program tadarus Quran secara online akan diteruskan Jumaat ini InsyaAllah.
Bagi sesiapa yang berminat untuk memperbaiki bacaan Quran & tajwid, dan juga bagi yang ingin menjadi pendengar, amatlah dialu-alukan untuk menyertai.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 8 Januari 2010 (Jumaat)
Masa : 6 pm
Medium : Skype (sila add ID ini : 'zuraeda ibrahim')

Bacaan : Ayat 70-76, Surah al Baqarah
Pengisian: Semakan bacaan oleh Ustaz Abduh, tajwid dan tafsir.

Wassalam
mhs

Tadarus al-Quran 9 Januari 2010 (Sabtu)

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

InsyaAllah, tadarus al-Quran akan diteruskan lagi Sabtu ini.
Mari kita beramai-ramai memeriahkan aktiviti ini bersama.

Butiran aktiviti & pengisian adalah seperti berikut:


Tarikh : 9 Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 10 pagi - 12 tghri

Tempat
: Classroom,

Holyrood Secondary School,
100 Dixon Road, Govanhill,
Glasgow, G42 8AU.
Anjuran : Komuniti Govanhill & Pollokshield


Pengisian minggu ini:

1) Tadarus al-Quran (Surah Al-Baqarah, ayat 38 - 48).
2) Penerangan tafsir ayat bacaan.


Semua warga Glasgow yang berkelapangan dijemput hadir beramai-ramai meraikan majlis ilmu ini.
Semoga aktiviti ini mendapat keberkatan dariNya disamping bermanfaat untuk semua dan mengeratkan ukhwah antara kita, insyaAllah.

Wassalam,

Isma Yanti
Wakil AJK Kebajikan & Kerohanian,
Komuniti Govanhill & Pollokshield.

Tuesday, 5 January 2010

AGM KUG 2010

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Semoga semua warga komuniti didalam keadaan ceria, sihat walafiat dengan penuh keazaman menjelang tahun baru 2010 ini. Sukacita pihak kami ingin memaklumkan bahawa AGM KUG akan diadakan. Butiran adalah seperti berikut :

Tarikh : 16 hb Januari 2010
Hari : Sabtu
Masa : 10:00 pagi - 12:00 tengahari
Tempat : Holyrood RC Secondary School‎, 100 Dixon Road, Glasgow, G42 8AU

Address:
Agenda :

10:00 - Pembukaan Majlis & Doa
10:15 - Ucapan Aluan Pengerusi
10:30 - Pembentangan Laporan Program Sesi 2008 / 2009
11:00 - Pembentangan Laporan Kewangan Sesi 2008 / 2009
11:30 - Sesi Soaljawab
12:00 - Bersurai
Selain itu juga, bagi yang belum mendaftar sebagai ahli, bolehlah berbuat demikian dengan mengisi borang keahlian KUG yang akan diedarkan pada hari yang berkenaan, atau boleh diperolehi daripada saya. Borang yang telah diisi hendaklah dikembalikan kepada saya atau mana-mana AJK.

Mesyuarat kali ini akan disertai wakil daripada pihak BPN selaku pemerhati. Kerjasama dan kehadiran seluruh warga komuniti ke majlis ini amatlah kami alu-alukan. Sebarang maklumat tambahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sekian untuk makluman.

Terima kasih,

Yang Menjalankan Tugas,
Nur Jaslina Muhamad Saleh
Setiausaha

Nota : Pemilihan AJK dibuat dua tahun sekali di atas arahan sekretariat KULN

SKIM WAKAF BALAI MALAYSIA NEWCASTLE: WAKAF BMN II (2010)

SKIM WAKAF BALAI MALAYSIA NEWCASTLE: WAKAF BMN II (2010)

Adalah dimaklumkan Balai Malaysia Newcastle akan meneruskan skim wakaf BMN II bagi tahun 2010 dan terbuka kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Skim ini akan memberi ruangan aktiviti kemasyarakatan dan keilmuan kursusnya kepada warga Malaysia di Newcastle dan pengunjung yang bertandang ke Newcastle. Segala maklumat berkenaan skim wakaf telah diterangkan didalam flyer yang dilampirkan.

Monday, 4 January 2010