Tuesday, 10 August 2010

Pengumuman Puasa

Assalamualaikum wbt,

Pengumuman penetapan Ramadhan adalah pada hari ini Selasa, 10 Ogos 2010 selepas Solat Maghrib. Sila layari website Glasgow Central Mosque di http://www.centralm osque.co. uk/

Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan. Semoga Allah memberikan kita kekuatan menjalani ibadah.
Salam Ramadhan,
Nur Jaslina Muhamad Saleh
Setiausaha

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar wahai sahabat-sahabat sekalian? Tik tok tik tok.. jam tetap setia berdetik. Hati meronta dalam debaran pesona. Hanya beberapa jam sahaja lagi. Akan bersuakah kita? Merisik kelibat disebalik awan gemawan.. Bersediakah kita menyambutnya?

Tetamu itu bakal tiba. Persinggahannya hanya seketika cuma. Hadirnya bersama limpahan hadiah dan ganjaran. Tak tertanding lautan material duniawi. Anugerah terindah buat yang ikhlas mencari redhaMu. Istimewanya dikau dihati mereka..

Di pojok sana, hati bergelojak berperang dengan nafsu. Bimbang letih melayan tetamu. Teriak dari dalam mengoncang empunya diri, “Adakah kau masih tak sedar Ramadhan hampir tiba? Tak terusikkah dengan tawaran penuh lumayan? Cukupkah hanya meninjau dan membiarkannya berlalu pergi? Adakah Allah sudah pun menutup mata dan menyumbat telingamu daripada melihat dan mendengar keindahannya? Hello?’’

Insyaallah pihak kami bakal menganjurkan satu program bersempena kehadiran Ramadhan. Marilah kita bersama-sama memeriahkan dan merebut ganjaran di ‘’Madrasah Ramadhan’’.

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2010 / 1431H

Ramadhan Mubarak..

Kehadiranmu dinanti, merebut taqwa,

membina peribadi insani

Tadarus Al-Quran : Mengikut lokaliti

& ruang siber Skype

Sisipan Minda : Santapan rohani

Jom Qiamullail!

Jom Berzakat! : Zakat fitrah, zakat harta

& zakat pendapatan

Takbir Raya : Mengikut lokaliti

Solat Sunat Aidilfitri & Jamuan Raya Bersama

Komuniti Malaysia Glasgow

Maklumat berkaitan dengan program Ramadhan di Glasgow :

- Radio Ramadhan Glasgow: 87.7fm -http://glasgow.radioramadhan.com/

- Laman web : http://www.glasgowmuslims.com/

Wahai sekalian manusia. Telah datang kepada kamu Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang difardhukan ke atas kamu oleh Allah ‘Azza wa Jalla puasanya. Di bulan itu pintu

Syurga dibuka, pintu neraka Jahim ditutup dan para Syaitan dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada

seribu bulan. Barangsiapa yang terlepas peluang meraih

rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu hakikatnya

diharamkan dari rahmat Allah.

[Hadith riwayat al-Nasaai]

Maklumat lanjut program akan dimaklumkan dari masa ke semasa Insyaallah.

Salam Ramadhan,
Nur Jaslina Muhamad Saleh
Setiausaha